Tuesday, March 21, 2023
21.6 C
Brunei

-

Kenderaan perdagangan beroperasi di Sabah wajib pasang GPS

KOTA KINABALU, 17 MAC – Semua kenderaan perdagangan Sabah dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan serta mana-mana kenderaan perdagangan dari luar yang ingin beroperasi di negeri itu diwajibkan memasang alat Sistem Kedudukan Sejagat (GPS).

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP) dalam kenyataan memaklumkan pelaksanaan peraturan itu dibuat secara berpe-ringkat dengan fasa pertama bermula Rabu lepas (15 Mac) apabila semua pemegang lesen bas ekspres, lesen pembawa A dan C diwajibkan memasang alat tersebut.

Katanya pelaksanaan peraturan itu adalah sejajar dengan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia bagi memastikan kenderaan perdagangan mematuhi tahap keselamatan serta peraturan yang ditetapkan.

“Perkara itu diputuskan menerusi mesyuarat Anggota Lembaga LPKP Sabah pada 27 Feb lalu serta Seksyen 19(2), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah yang mana peraturan ini terpakai kepada semua jenis urusan permohonan baharu, memperbaharui, permohonan semula serta ubah syarat lesen kenderaan perdagangan,” menurut kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, bagi pelesen yang ingin memasang GPS pada kenderaan mereka, pemasangan hendaklah dibuat oleh syarikat yang diperakui oleh mesyuarat anggota lembaga LPKP Sabah, yang boleh disemak menerusi laman sesawang LPKP Sabah. – Bernama

Pelaksanaan peraturan tersebut akan dibuat secara berperingkat. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Paras oksigen kurang punca jutaan ikan mati

CANBERRA, AUSTRALIA, 19 MAC – Berjuta-juta ikan telah mati dihanyutkan di tenggara Australia dalam kematian yang menurut pihak berkuasa dan saintis berpunca daripada paras...
- Advertisment -