KUCHING, 12 JULAI – Kenderaan Autonomous Rapid Transit (ART) untuk projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) dijangka tiba di sini bulan depan, kata Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin.
Beliau berkata kenderaan itu yang dibawa dari China, akan menjalani latihan kejuruteraan selama dua bulan di Kuching Isthmus pada September dan Oktober sebagai persediaan untuk latihan pengesahan konsep (POC) tahap dua dijadualkan pada November ini.
Menurut beliau, sebahagian daripada pembinaan projek KUTS yang dilaksanakan oleh Sarawak Metro Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), akan dipercepat bagi membolehkan latihan itu dijalankan. – Bernama

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Khamis