BEIJING, 26 JUN – Sebuah kenderaan telah merempuh pejalan kaki dalam satu ‘kemalangan’ berhampiran sebuah sekolah di Beijing hari ini, menurut pihak polis China, dengan rakaman yang dikongsi dalam talian menunjukkan beberapa remaja terbaring cedera di atas jalan.
Video yang dikesan lokasi oleh AFP di satu persimpangan di daerah Miyun, timur laut bandar negeri itu telah menunjukkan sebuah SUV berwarna kelabu tersangkut pada sebatang pokok, dengan beberapa orang dan pakaian kelihatan berselerak di atas jalan.
Seorang lelaki berusia 35 tahun yang dikenali dengan nama keluarga Han telah ‘melanggar’ beberapa orang ‘akibat kesilapan semasa memandu’, menurut kenyataan itu, sambil menambah mereka yang cedera telah dihantar ke hospital. Jumlah mangsa yang cedera tidak dinyatakan. – AFP
