Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kenderaan terbiar dipindahkan

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

    Gambar Oleh James Kon

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Julai – Sebanyak 21 buah kenderaan telah dikenal pasti dan dipercayai terbiar dalam Operasi Bersepadu Terjah 66/2017 yang menyasarkan kenderaan-kenderaan terbiar yang telah ditinggalkan sekian lama di persekitaran Bangunan Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Kampung Bunut.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, lima buah daripada kenderaan yang dikenal pasti berkenaan telah berjaya dipindah oleh Syarikat M.Han Enterprise ke satu tempat pelupusan yang diberi kebenaran oleh pihak Jabatan Pengangkutan Darat secara sementara merujuk Bab 84, Akta Lalu Lintas Jalan Raya, Penggal 68.

    Manakala itu, tiga buah akan dipindah esok dan lima buah lagi akan dipindah oleh pemiliknya sendiri yang diberi tempoh masa seminggu dari tarikh operasi ini diadakan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda