Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kenderaan terjunam dari tebing, 11 maut

    BEIJING, 19 MEI – Sebuah kenderaan di selatan China terbabas dari tebing, mengorbankan 11 penumpang, lapor media kerajaan.

    Kemalangan itu berlaku kira-kira jam 6:30 pagi (2230 GMT) di wilayah Guangxi apabila kenderaan yang membawa 14 orang itu terjatuh ke dalam kolam air, menurut CCTV.

    Siasatan awal menunjukkan selain tiga yang terselamat, baki 11 orang di dalam kenderaan itu terbunuh dalam nahas tersebut.

    “Usaha menyelamat di lokasi dan siasatan ke atas kemalangan itu sedang dijalankan,” menurut laporan itu.

    Penemuan awal mengenai kemungkinan punca kemalangan belum diumumkan.

    Lokasi nahas berkenaan adalah di kawasan berbukit berhampiran sempadan China dengan Vietnam.

    Kemalangan jalan raya adalah perkara biasa di China kerana kekurangan kawalan keselamatan yang ketat.

    Pada Januari, 19 orang maut dan 20 cedera dalam kemalangan jalan raya di wilayah Jiangxi timur negara itu. – AFP

    Lokasi nahas berkenaan adalah di kawasan berbukit berhampiran sempadan China dengan Vietnam. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda