ANKARA, 30 JAN – Pemain tenis Amerika, Sofia Kenin, melangkah ke pentas akhir Terbuka Australia 2020 selepas berjaya menjinakkan pemain nombor satu dunia Ashleigh Barty pada pusingan separuh akhir perseorangan wanita, lapor agensi berita Anadolu.
Kenin, 21, yang merupakan pilihan ke-14, menumpaskan Barty dari Australia dengan keputusan straight set 7-6, 7-5 di Melbourne hari ini. Kemenangan itu membawa Kenin beraksi buat pertama kali pada pusingan akhir kejoha-nan grand slam. – Bernama