Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kenny tinggalkan Ireland setelah tiga tahun

    DUBLIN, 23 NOV – Tempoh tiga tahun Stephen Kenny sebagai pengurus Republik Ireland telah berakhir selepas bos persatuan bola sepak berkata bahawa kontraknya tidak akan diperbaharui.

    Pemergian pengurus berusia 52 tahun itu dijangka secara meluas kerana gagal membimbing pasukan ke Kejohanan Euro 2024 di Jerman, hanya memenangi dua daripada lapan perlawanan dalam kelayakan Kumpulan B.

    Perlawanan terakhir skuad kendalian Kenny adalah seri 1-1 dengan New Zealand dalam perlawanan persahabatan di Dublin pada Selasa lalu.

    Dia hanya memenangi enam daripada 29 perlawanan kompetitifnya.

    Persatuan Bola Sepak Ireland (FAI) berkata bahawa mereka berada dalam kumpulan yang mencabar bersama Perancis dan Belanda, tetapi sasarannya adalah kelayakan.

    Ketua Eksekutif FAI, Jonathan Hill mengucapkan terima kasih kepada Kenny, yang menggantikan Mick McCarthy pada 2020, kerana bekerja ‘tidak jemu untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk menyokong pembangunan pasukan lelaki senior’.

    “Stephen juga telah menyelia tempoh peralihan penting untuk pasukan kebangsaan lelaki senior kami dan telah memberikan penampilan sulung kepada sejumlah besar pemain baharu dan lebih muda.

    “Ini akan menjadi platform yang kukuh bagi sesiapa yang kini membawa kumpulan pemain ini ke hadapan,” kata Hill.

    FAI berkata bahawa proses mencari pengganti Kenny telah pun bermula, menjelang perlawanan persahabatan pada bulan Mac dan Jun tahun depan. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...