Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kentang goreng punca lebuh raya ditutup

    LOS ANGELES, 30 OGOS – Satu kemalangan yang menyebabkan kotak-kotak kentang goreng bertaburan di jalan raya telah menutup lebuh raya utama di California kelmarin.

    California Highway Patrol sebuah organisasi yang terkenal di seluruh dunia melalui siri TV 1970an, CHiPs menutup 15 lebuh raya arah selatan di pusat bandar Los Angeles selepas kejadian awal pagi itu.

    Laporan mengatakan bahawa beberapa kenderaan terlibat dalam perlanggaran tersebut, termasuk sebuah trak besar yang membawa kentang goreng beku.

    Rakaman dari tempat kejadian menunjukkan kotak-kotak kentang goreng dikenali sebagai ‘chips’ di beberapa bahagian dunia berbahasa Inggeris bertaburan di atas permukaan jalan.

    CHiPs, yang disiarkan selama enam musim dari tahun 1977, menceritakan tentang kehidupan dan pengembaraan dua pegawai motosikal dari California Highway Patrol.

    Ia dibintangi oleh Erik Estrada sebagai Ponch dan Larry Wilcox sebagai Jon. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda