Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kenya bimbang jumlah kematian akibat banjir meningkat

    NAIROBI, 28 NOV – Kerajaan Kenya pada kelmarin menggesa orang ramai yang tinggal di kawasan mudah banjir untuk berpindah ke tempat yang lebih tinggi kerana hujan lebat dan banjir kilat terus mendatangkan malapetaka di seluruh Afrika Timur.

    Sekurang-kurangnya 76 orang maut dan 40,000 orang kehilangan tempat tinggal sejak hujan mula melanda negara itu pada Oktober. Presiden William Ruto mengadakan mesyuarat kabinet tergempar pada kelmarin dan berkata 38 daripada 47 daerah di Kenya telah terjejas akibat banjir dan tanah runtuh yang diburukkan lagi oleh fenomena El Niño.

    Jurucakap Dewan Negara Kenya, Hussein Mohammed juga menyatakan “wabak penyakit, kemusnahan infrastruktur dan harta benda serta gangguan bekalan elektrik yang berpanjangan” berlaku di seluruh Kenya dan rantau itu.

    Kawasan paling teruk terjejas ialah bandar pesisir Mombasa dan Malindi serta wilayah utara Kenya yang bersempadan dengan Somalia, turut dilanda banjir.

    Di bandar Garissa di Kenya, beribu-ribu orang telah kehilangan tempat tinggal selepas rumah mereka dihanyutkan.

    “Semua jalan raya musnah. Saya pun tidak tahu ke mana orang akan pergi,” kata penduduk Garissa Joel Ngui kepada The Associated Press.

    Banyak jalan dan jambatan telah dihanyutkan atau sebahagiannya musnah, menyukarkan untuk menghubungi orang ramai yang terdampar oleh air banjir.

    Penduduk yang tinggal di tepi Sungai Tana, yang terbesar di Kenya, telah kehilangan tempat tinggal dan kelaparan selepas tebingnya pecah. – AP

    Penduduk berkumpul untuk pengagihan makanan yang dirancang, selepas hujan El Niño merosakkan rumah mereka di bandar Bangale di daerah Sungai Tana, Kenya, pada 26 November 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda