Sunday, February 9, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kenya: Jururawat akhiri mogok

    NAIROBI, 3 Nov – Mogok selama lima bulan yang dilancarkan jururawat di Kenya, berakhir selepas Kesatuan Kebangsaan Jururawat (KNUN) menandatangani perjanjian dengan Majlis Gabenor dan Kementerian Kesihatan pada Khamis. Di bawah perjanjian itu, jururawat akan menerima faedah tambahan, termasuk pakaian seragam dan elaun.

    Susulan perjanjian berkenaan, semua jururawat dikehendaki kembali bertugas dan kerajaan di 47 buah daerah di Kenya diminta membayar gaji yang ditahan sebelum ini, paling lewat menjelang akhir November 2017.

    Sejak mogok dilancarkan, perkhidmatan pusat kesihatan kerajaan lumpuh, sekali gus menjejaskan golongan rakyat yang tidak mampu mendapatkan rawatan di hospital swasta.

    Jururawat akan menerima elaun sebanyak 15,000 syiling (kira-kira AS$145) dalam tahun kewangan 2018-2019, yang akan dinaikkan pada kadar 5,000 syiling setiap tahun dalam tempoh tiga tahun akan datang. Elaun perkhidmatan sebanyak 23,000 syiling, akan dinaikkan kepada 30,000 syiling dalam tahun kewangan 2020-2021. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda