Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kenya lancar stesen pengecasan bas elektrik pertama

    NAIROBI, 25 MEI – Kenya kelmarin melancarkan stesen pengecasan pertamanya untuk bas elektrik awam dalam usaha untuk meningkatkan peralihan negara ke arah mobiliti hijau.

    Jit Bhattacharya, Ketua Pegawai Eksekutif BasiGo, syarikat start up Kenya, berkata stesen pengecas pantas DC berkuasa tinggi yang mempunyai kapasiti untuk mengecas enam bas elektrik secara serentak dibangunkan dengan sokongan utiliti kuasa milik kerajaan, Kenya Power.

    “Stesen pengecas itu adalah yang pertama disambungkan kepada tarif e-mobiliti baharu Kenya yang telah diluluskan pada Mac tahun ini yang menyediakan kuasa kos rendah untuk mengecas kenderaan elektrik pada waktu malam apabila negara itu mempunyai lebihan bekalan tenaga boleh diperbaharui,” kata Bhattacharya.

    Joseph Siror, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kenya Power, berkata sektor pengangkutan di negara itu kini menyumbang kepada 12 peratus daripada semua pelepasan gas rumah hijau. – Xinhua

    Bhattacharya (kiri), dan Siror bergambar di stesen pengecasan elektrik yang baru dilancarkan di Nairobi, ibu kota Kenya, baru-baru ini. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda