BERLIN, 28 MEI – Jurulatih Borussia Dortmund, Lucien Favre, menarik semula komen yang dibuatnya.
Dia memaklumkan bahawa dia bakal meninggalkan Borussia Dortmund pada akhir musim ini setelah tewas kepada Bayern Munich dan menyebabkan pasukannya ketinggalan tujuh mata dalam perlumbaan kejuaraan Bundesliga dengan kini berbaki enam perlawanan.
“Saya tidak terfikir untuk berputus asa sama sekali,” tegas Favre, yang masih terikat kontrak dengan Dortmund sehingga 2021, kelmarin.
“Kelmarin, kami merasa kecewa tetapi perkataan saya semasa temu bual sejurus selepas perlawanan telah disalahertikan oleh banyak pihak,” dengan beberapa buah media Jerman membuat spekulasi mengenai masa depannya.
Sikap Favre sangat berbeza dengan sikapnya ketika kekalahan 1-0 ke atas Bayern di laman sendiri Selasa lalu, hasil jaringan Joshua Kimmich tepat sebelum separuh masa.

Pada malam Selasa, Favre tersenyum lebar ketika ditanya jika kekalahan terbaharu membuktikan bahawa dia tidak memiliki apa yang diperlukan untuk memimpin Dortmund untuk memecahkan monopoli Bayern di liga Jerman.
“Ia telah diperkatakan selama beberapa bulan,” kata Favre.
“Saya mengetahui bagaimana perkara ini berlaku dan saya akan membincangkan dalam beberapa minggu.
“Saya kekal tenang dan saya percaya dengan diri saya.”
Kelmarin, Pengarah Sukan Dortmund, Michael Zorc memberitahu Sport 1 bahawa ketua-ketua kanan kelab itu ‘pastinya tidak berdebat’ mengenai sama ada Favre harus kekal.
Zorc mengakui bahawa Favre ‘memaklumkan mengenai dirinya dalam cara yang amat mengelirukan selepas tamat perlawanan, namun mengeaskan bahawa kekeliruan itu sudah dijelaskannya.
Untuk musim kedua di bawah kendalian Favre, 62, Dortmund yang berada di tempat kedua berhasrat untuk berada di puncak liga pada penghujung musim tetapi Bayern telah mengukuhkan kedudukan mereka dengan untuk menjuarai kemenangan buat kali kelapan berturut-turut. – AFP