Wednesday, May 7, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kep1er akan bubar selepas tamat projek

    Mengikut laporan media Korea minggu lalu, projek kumpulan gadis Korea (K-pop), Kep1er tidak akan melanjutkan tempohnya selepas Julai nanti, yang merupakan tarikh penamat yang telah ditetapkan.

    Kesembilan anggota kumpulan itu akan berpisah selepas projek berakhir, tetapi tidak sebelum melancarkan sebuah album dan mengadakan konsert penutup.

    Syarikat pengurusan anggota-anggota Kep1er, WakeOne dan Swing, telah bertemu pada tahun lalu untuk membincangkan kemungkinan untuk meneruskan projek Kep1er, namun tiada keputusan yang dicapai.

    WakeOne Entertainment berkata ia masih dalam perbincangan dengan agensi lain serta ahli, susulan laporan itu.

    Kep1er, yang merupakan kumpulan multinasional, telah dibentuk melalui rancangan uji bakat bertahan Girls Planet, 999: The Girls Saga.

    Kumpulan itu membuat debut dengan EP First Impact pada Januari 2022 dan telah mengeluarkan empat mini album lagi di Korea serta tiga single di Jepun.

    Album penuh pertama mereka di Jepun, Kep1going, akan dilancarkan pada 8 Mei ini. – ANN/The Korea Herald

    Kumpulan Kep1er tidak akan melanjutkan tempohnya melebihi Julai, apabila ia dijangka tamat, menurut laporan media Korea minggu lalu. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda