Monday, March 3, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kepala Agnez Mo jadi botak sebab alopesia?

    Di sebalik kelincahannya di atas pentas, penyanyi Agnez Mo menyimpan satu rahsia yang tidak pernah diceritakan kepada umum.

    Memetik laporan mStar, Agnez atau Agnes Monica Muljoto, 39, mendedahkan dia pernah menderita penyakit auto imun iaitu sistem tubuh seseorang menyerang sel atau tisu badan sendiri.

    Penyanyi yang kini berpangkalan di Amerika Syarikat itu memberitahu dia menyedari perkara itu sekitar 15 tahun lalu.

    Gejala awal dialaminya berkaitan tersebut adalah alopesia atau keguguran rambut kronik yang menyebabkan beberapa titik bahagian kepalanya botak.

    “Saya pernah menderita penyakit auto imun. Hampir 15 tahun lalu, saya tiba-tiba mengalami masalah alopesia.

    Agnez dedah pernah mengalami masalah alopesia. – Awolipop

    “Pada masa itu, alopesia saya sangat teruk dan pendandan rambut saya yang perasan tentang perubahan saya,” katanya.

    Agnez mendedahkan perkara itu ketika menjadi tetamu program PodHub yang dihoskan oleh Deddy Corbuzier dan Vidi Aldiano.

    Jelas Agnez dia mengetahui alopesia berlaku apabila sel darah putih menyerang folikel rambut.

    Kata penyanyi itu, perkara itu terjadi disebabkan oleh seseorang individu itu tertekan.

    Gara-gara itu, Agnez dinasihatkan oleh doktor untuk mengawal tahap tekanannya.

    Namun ia membuatkan Agnez agak keliru kerana selama ini dia tidak pernah berasa tertekan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda