Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kepelbagaian Kulinari Daerah ‘Permata Hijau’

    Oleh Nurdiyanah R.

    Daerah Temburong bukan hanya terkenal dengan julukan ‘Permata Hijau Brunei’, namun hakikatnya masyarakat di daerah berkenaan turut memiliki pelbagai kulinari yang begitu unik dan asli untuk dinikmati oleh para pengunjung yang bukan hanya terdiri daripada penduduk setempat bahkan juga para pelancong luar negara.

    Menjejaki di daerah yang terletak di hujung timur dari tiga buah daerah yang lain di bumi Darussalam ini, penulis merasa sangat teruja apabila berkesempatan singgah di Tamu Aneka Temburong, Pekan Bangar, baru-baru ini.

    Pastinya pelbagai pilihan makanan dan minuman istimewa telah diketengahkan oleh para usahawan tidak kira golongan veteran sehingga para belia dan beliawanis.

    Menghasilkan produk-produk kulinari yang unik dan menyelerakan pastinya menjadi salah satu matlamat utama para peniaga demi memberi kepuasan kepada para pengunjung.

    Wajid Jawa kuih warisan

    Tak lapuk ditelan zaman, begitulah istimewanya Wajid atau Wajik Jawa yang merupakan sejenis kuih yang diwarisi turun-temurun dari zaman dahulu lagi sehinggalah ke hari ini yang sekali gus memberi simbol kulinari khas istimewa di Daerah Temburong.

    Penulis juga turut berkesempatan mencuba salah satu minuman berais berasaskan bahan-bahan utama daripada santan kelapa asli, gula Melaka dan cendol yang dikenali dengan nama ABC Cendol Permata Hijau.
    Menjejaki daerah yang terletak di hujung timur dari tiga daerah yang lain di bumi Darussalam ini, penulis begitu teruja apabila berkesempatan singgah di Tamu Aneka Temburong, Pekan Bangar, baru-baru ini, yang pastinya menyediakan pelbagai pilihan makanan dan minuman istimewa hasil air tangan para belia dan warga emas daerah ini yang masih mengekalkan keaslian tradisinya.

    Menariknya, kuih penyaram dipelbagaikan perisanya oleh salah seorang peniaga di daerah berkenaan dengan menjadikannya Kuih Penyaram Durian Putih.
    Tak lapuk ditelan zaman, begitulah istimewanya Wajid atau Wajik Jawa yang merupakan salah satu produk makanan sejenis kuih yang diwarisi turun-temurun dari zaman dahulu lagi sehinggalah ke hari ini yang sekali gus memberi simbol kulinari khas yang wajib dirasai di Daerah Temburong.
    Puding Kelapa Temburong turut menjadi salah satu keistimewaan produk yang dihasilkan oleh salah seorang usahawan di tamu berkenaan yang mana keaslian kelapa yang begitu terserlah dan menyelerakan lebih-lebih lagi apabila dinikmati dalam keadaan sejuk.

    Sejenis kuih yang berasaskan bahan-bahan utama daripada adunan beras Jawa, gula dan kelapa yang dimasak dan hasilnya dibungkus menggunakan Daun Nyirik sehingga berbentuk empat segi memanjang seakan sama besarnya dengan jari manis.

    Selain Wajid Jawa, ia juga mempunyai beberapa perisa lain seperti durian, ubi manis, ubi keladi dan labu.

    Keunikan kuih penyaram berperisa durian putih

    Sementara itu, siapa tidak mengenali salah satu jenis kuih tradisi Melayu iaitu kuih penyaram yang kebiasaannya berwarna coklat dengan berbentuk seakan-akan ‘UFO’ dengan teksturnya yang lembut dan rangup di tepinya.

    Menggunakan bahan-bahan utama antaranya tepung beras, tepung gandum, gula pasir, gula Melaka dan air serta minyak untuk menggoreng itu semakin menarik apabila penulis melihat kepelbagaian salah seorang peniaga kuih di tamu berkenaan yang menghasilkan kuih penyaram berperisa durian putih.

    Rasa yang begitu enak dengan adanya keaslian durian putih dan tidak begitu manis, itulah yang semakin menambat hati penulis apabila menikmatinya bersama minuman panas pada ketika itu.

    Selain itu, kulinari menyegarkan dikenali Puding Kelapa Temburong turut menjadi salah satu keistimewaan produk yang dihasilkan oleh salah seorang usahawan di tamu berkenaan.

    Keaslian kelapa yang begitu terserlah dan menyelerakan lebih-lebih lagi apabila dinikmati dalam keadaan sejuk.

    Miliki bermacam-macam hidangan

    Sepanjang jalan-jalan di sekitar tamu yang memiliki variasi juadah makanan dan minuman yang menggiurkan itu, penulis juga turut berkesempatan mencuba salah satu minuman berais berasaskan bahan-bahan utama daripada santan kelapa asli, gula Melaka dan cendol yang dikenali dengan nama ABC Cendol Permata Hijau.

    Melihat suasana kemeriahan para usahawan penduduk setempat di daerah berkenaan pastinya mampu membuka minda penulis dan juga para pengunjung yang lain bahawa di negara ini khusus di daerah ‘Permata Hijau’ ini juga memiliki pelbagai kulinari yang begitu istimewa dihasilkan oleh para peniaga yang rata-rata jelas terlihat begitu bersemangat tinggi dalam sama-sama berusaha meningkatkan ekonomi diri, keluarga dan negara secara amnya dalam menjalani kehidupan sehari-hari.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda