NAIROBI, 28 MAC – Ketua kumpulan pengganas Al-Shabaab berkata akan menyerang ‘kepentingan Amerika Syarikat (AS) dan Perancis’ di Djibouti, kurang dua minggu sebelum pilihan raya presiden negara tersebut.
Dalam video yang dikeluarkan kelmarin, Abou Obaida Ahmad Omar menyelar Presiden Djibouti, Ismail Omar Guelleh, yang berkuasa sejak 1999 dan bakal memenangi panggal kelima dalam pilihan raya pada 9 April.
Ketua kumpulan tersebut menuduh Guelleh berpaling dari negara tersebut ‘menjadi pangkalan tentera dari setiap peperangan menentang umat Islam di Timur Afrika sebagai dirancang dan pembunuhan’. “Jadikan kepentingan AS dan Perancis di Djibouti sebagai sasaran utama,” dia memberitahu pengikutnya dalam video.
Kedudukan strategik Djibouti sebagai laluan kepada Afrika dan Semenanjung Arab menjadikannya sebagai pilihan pangkalan tentera luar negara.
Bekas jajahan Perancis menghoskan kontinjen terbesar Perancis di Afrika – kira-kira 1,500 orang tentera – dan satu-satunya pangkalan tetap AS, dengan kira-kira 4,000 orang tentera.
Jepun dan Itali turut mempunyai pangkalan di Djibouti, sementara China memiliki pelabuhan dan pangkalan tentera di negara itu sejak 2017.
Selain itu Djibouti turut menghoskan kontinjen tentera Kesatuan Afrika untuk memerangi al-Qaeda yang mempunyai kaitan dengan Al-Shabaab di Somalia, di mana kumpulan tersebut telah lama melakukan keganasan untuk menggulingkan kerajaan yang disokong antarabangsa.
Pada 2014, Al-Shabaab mengaku bertanggungjawab ke atas serangan nekad di sebuah restoran di Djibouti, membunuh seorang warga Turki dan mencederakan 20 yang lain, termasuk enam rakyat Perancis, enam warga Belanda, empat rakyat Jerman dan tiga dari Sepanyol. – AFP