Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kepentingan ASEAN 2025 untuk kemapanan sebuah komuniti

    Oleh Zulkamal Haji Kamis

    ASEAN telah mengisytiharkan satu komuniti melalui satu sidang pengisytiharan yang telah ditandatangani oleh para pemimpin ASEAN dalam sidang kemuncak ke-27 di Kuala Lumpur pada 22 November 2015. Pengisytiharan ini merupakan satu lagi perkembangan bersejarah dalam evo-lusi ASEAN sejak penubuhannya pada tahun 1967. Satu komuniti ASEAN adalah merupakan satu wawasan kesedaran yang mana telah dinyatakan pada lapan tahun yang lalu oleh pemimpin ASEAN untuk organisasi serantau bagi mencapai status satu masyarakat pada tahun 2015. Dokumen pimpinan dan panduan bagi merealisasikan komuniti ASEAN : 2009 – 2015 telah disahkan oleh pemimpin ASEAN dalam sidang kemuncak ASEAN ke-14 di Cha-am, Thailand.

    Selaras dengan perkembangan revolusi dunia, ASEAN 2025 menerapkan satu inti pati untuk sentiasa maju hadapan bersama-sama dan pada masa yang sama disahkan oleh para pemimpin dalam sidang kemuncak ke-27. Beberapa carta perancangan telah diterapkan untuk membina komuniti ASEAN dalam tempoh sepuluh tahun yang akan dating.

    Misi ini merupakan pelan tindakan ke hadapan yang jelas untuk melahirkan matlamat dan aspirasi ASEAN untuk merealisasikan penyatuan lanjut, integrasi dan juga kesepaduan yang lebih kukuh sebagai sebuah komuniti. ASEAN sedang berusaha ke arah sebuah masyarakat yang padu dari segi politik, bersepadu dari segi ekonomi dan tanggungjawab sosial. ASEAN 2025 adalah hasil daripada setahun perancangan dan perbincangan sengit serta mencerminkan penentuan negara anggota untuk melangkah ke hadapan dengan fasa seterusnya dalam perkembangan evolusi ASEAN.

    Fokus bagi komuniti ASEAN dalam tempoh sepuluh tahun akan datang akan berpandukan tidak terhad kepada matlamat malah berpandukan kepada pengukuhan kumpulan serantau khususnya di benua Asia. Wawasan ASEAN 2025 ini turut memfokuskan dalam memberikan penekanan yang lebih kepada penduduk-penduduk ASEAN dan kesejahteraan mereka. Meningkatkan kesedaran ASEAN dan Wawasan sebagai satu komuniti yang padu dari segi politik, bersepadu dari segi ekonomi dan bertanggungjawab secara sosial. Melibatkan semua warga negara anggota ASEAN melalui platform yang berkesan dan inovatif untuk menggalakkan komitmen dan pengenalan dasar ASEAN serta kepentingan serantau. Memastikan kebebasan asasi, hak asasi manusia dan kehidupan yang lebih baik untuk semua rakyat ASEAN. Mengukuhkan keupayaan untuk berurusan dengan perkara sedia ada dan cabaran yang baru muncul di samping mengekalkan pemusatan ASEAN. Wawasan ini turut menekankan agenda ASEAN sambil mengejar aspirasi negara yang menyumbang kepada pembinaan komuniti ASEAN dan menguatkan perpaduan ASEAN dan Sekretariat ASEAN.

    Elemen utama ASEAN 2025

    ASEAN 2025 terdiri daripada beberapa garis panduan tindakan tertentu dan langkah-langkah strategik bagi merealisasikan sasaran yang telah dikenal pasti. Aspirasi utama dalam ketiga-tiga tiang ASEAN adalah seperti komuniti politik keselamatan, komuniti ekonomi dan komuniti sosio budaya.

    ASEAN telah mengisytiharkan satu komuniti melalui satu sidang pengisytiharan yang telah ditandatangani oleh para pemimpin ASEAN dalam sidang kemuncak ke-27 di Kuala Lumpur pada 22 November 2015.
    ASEAN telah mengisytiharkan satu komuniti melalui satu sidang pengisytiharan yang telah ditandatangani oleh para pemimpin ASEAN dalam sidang kemuncak ke-27 di Kuala Lumpur pada 22 November 2015.

    Melalui wawasan ASEAN 2025, Penduduk ASEAN akan terus berlindung dibawah satu komuniti, selamat, aman dan bersatu padu.
    Melalui wawasan ASEAN 2025, Penduduk ASEAN akan terus berlindung dibawah satu komuniti, selamat, aman dan bersatu padu.
    Aspirasi utama dalam ketiga-tiga tiang ASEAN adalah seperti politik keselamatan komuniti, komuniti ekonomi dan komuniti sosio budaya.
    Aspirasi utama dalam ketiga-tiga tiang ASEAN adalah seperti politik keselamatan komuniti, komuniti ekonomi dan komuniti sosio budaya.
    ASEAN 2025 merupakan platform dalam mementingkan komitmen, kesinambungan dan pengukuhan komuniti ASEAN.
    ASEAN 2025 merupakan platform dalam mementingkan komitmen, kesinambungan dan pengukuhan komuniti ASEAN.
    ASEAN sebagai sebuah rantau yang sentiasa komited dan bersedia untuk bekerjasama dengan semua rakan yang berkenaan untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
    ASEAN sebagai sebuah rantau yang sentiasa komited dan bersedia untuk bekerjasama dengan semua rakan yang berkenaan untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
    Selain itu, ASEAN 2025 ini turut bersama-sama untuk berkongsi amalan yang terbaik dan kajian kes yang berjaya mengenai dasar penglibatan dan integrasi.
    Selain itu, ASEAN 2025 ini turut bersama-sama untuk berkongsi amalan yang terbaik dan kajian kes yang berjaya mengenai dasar penglibatan dan integrasi.

    Komuniti Politik Keselamatan

    Berasaskan kepada satu peraturan, mesra rakyat, berpusat penduduk ASEAN di rantau yang aman, stabil dan makmur. Masyarakat ASEAN cuba disa-tukan menjadi satu komuniti.

    Masyarakat yang lebih dinamik, berdaya tahan dan harmoni serta berkesan untuk bertindak balas kepada kelemahan sosial dan ekonomi serta ancaman keselamatan bukan tradisional yang lain.

    Elemen ini juga melahirkan masyarakat yang boleh bertindak secara lebih berkesan kepada cabaran yang melibatkan ASEAN dari dalam dan luar rantau ini. Elemen ini jua menerapkan masyarakat yang sabar dan mengekalkan pemusatan ASEAN dalam mekanisme serantau.

    Mengukuhkan perpaduan ASEAN dan kesepaduan untuk melindungi dan berperanan penting dalam menangani perkara-perkara yang mempunyai kepentingan bersama dengan rakan-rakan luar ASEAN untuk manfaat dan faedah bersama.

    Komuniti Ekonomi

    ASEAN 2025 cuba menekankan kesepaduan yang baik khususnya yang berkaitan dengan ekonomi dalam sistem ekonomi global. Perniagaan yang mesra dan pasaran mesra perniagaan yang didorong oleh arus perkembangan dunia dan memberi inspirasi untuk keyakinan pelabur.

    Sebuah rantau yang berperanan penting dalam rantaian nilai global dan penyertaan yang semakin meningkat dalam nilai tambah yang tinggi dan ekonomi yang berasaskan kepada pengetahuan. Selain itu, ASEAN 2025 juga menekankan sebuah rantau yang berdaya saing dan dinamik malah mampu memberi inspirasi kepada inovasi dan di mana perniagaan semua saiz berkembang maju dan di mana hak-hak pengguna dilindungi.

    Masyarakat ASEAN dapat memanfaatkan integrasi ekonomi agihan kemakmuran secara saksama di kalangan dan antara negara-negara anggota termasuk usahawan-usahawan kecil, sederhana, belia dan sebagainya. Seterusnya, ASEAN 2025 membantu meningkatkan hubungan pengangkutan dan infrastruktur dalam membantu rakyat dan perniagaan bergerak dengan cekap dan bekerja dengan lebih produktif merentasi sempadan, memperluaskan jangkauan pasaran dan barangan serta perkhidmatan sumber secara strategik.

    Komuniti Sosiobudaya

    Sebagai sebuah komuniti ASEAN yang berorientasikan rakyat dan menggalakkan hidup yang tinggi dan akses yang saksama kepada peluang untuk semua serta melibatkan pihak yang berkepentingan yang berkaitan dengan proses melibatkan ASEAN.

    Masyarakat mampan yang menggalakkan pemba-ngunan sosial dan perlindungan alam sekitar melalui mekanisme yang berkesan untuk memenuhi keperluan semasa dan masa depan bangsa-bangsa negara-negara anggota.

    Masyarakat berdaya tahan dengan keupayaan yang lebih untuk terus bertindak balas dan dapat menyesuaikan diri dengan cabaran semasa serta ancaman. Selain itu, ASEAN 2025 turut melahirkan masyarakat ASEAN yang dinamik, terbuka, kreatif dan penyesuaian dengan identiti ASEAN yang mana mencerminkan rantau ini dengan pelbagai personaliti, norma, nilai-nilai, kepercayaan dan aspirasi sebagai salah satu komuniti ASEAN.

    ASEAN 2025 bagi rakyat

    Penduduk ASEAN akan berlindung dibawah satu komuniti, selamat, aman dan bersatu padu. Mereka akan mendapat manfaat dan menikmati keuntungan yang terhasil daripada tadbir urus alam sekitar yang mampan setelah dipertingkatkan dan diamalkan dirantau tersebut. Hak asasi masyarakat, kebebasan, maruah dan keadilan sosial akan digalakkan dan dilindungi. Mereka akan menikmati tadbir urus yang baik malah akan diperkukuhkan lagi. Mereka akan menjadi sebahagian daripada masyarakat sosial dengan akses yang saksama.

    Masyarakat ASEAN akan dilindungi daripada wabak dan bencana alam serta perkara-perkara yang disebabkan oleh manusia, jenayah rentas negara dan cabaran rentas sempadan. Masyarakat ASEAN boleh melibatkan diri dengan satu dengan yang lain dalam ASEAN dan antarabangsa.

    Komuniti ASEAN akan menikmati kemakmuran yang lebih besar melalui peningkatan peluang ekonomi, hubungan serantau yang dipertingkatkan, memudahkan perjalanan serta perniagaan intra-ASEAN dan ekonomi serantau yang berdaya tahan.

    Komuniti ASEAN juga akan mendapat manfaat daripada peluang-peluang pekerjaan yang lebih besar dan berkualiti serta mobiliti kemahiran buruh dan bakat. Mereka akan menikmati akses kepada pilihan yang lebih luas, lebih selamat, produk dan perkhidmatan yang lebih berkualiti. Komuniti akan mendapat manfaat daripada penjimatan kos yang lebih baik khususnya dalam bidang perniagaan dan pengguna melalui akses serta hubungan yang baik.

    Komuniti ASEAN akan mendapat akses kepada yang lebih luas dan lebih baik khususnya dalam bidang teknologi dan kepakaran serta masyarakat ini akan mendapat manfaat daripada keupayaan institusi ASEAN yang telah diperkukuh dalam usaha untuk melaksanakan agenda ASEAN.

    Bagi rakan-rakan ASEAN

    Perkongsian dengan komuniti yang dinamik dan komited serta mempunyai keupayaan untuk menyumbang kepada sebuah rantau yang aman, selamat dan juga stabil. Penglibatan masyarakat yang mahu bekerjasama dengan rakan kongsi seperti usaha untuk menggalakkan keamanan dan kestabilan serantau.

    Selain itu, ASEAN bekerja de-ngan komuniti yang mempunyai kapasiti dan keupayaan untuk bertindak secara lebih berkesan kepada cabaran-cabaran yang sedia ada dan apa yang baru muncul di rantau ini.

    Masyarakat komited untuk bekerjasama dengan rakan-rakan luar seperti menangani isu-isu antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama seperti perubahan iklim dan alam sekitar serta meningkatkan pembangunan mampan.

    Masyarakat lebih komited untuk bekerjasama dengan rakan-rakan luar untuk mengukuhkan kerjasama dalam memerangi cabaran keselamatan seperti keganasan, jenayah berkaitan dengan dadah, pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia serta isu-isu keselamatan maritime menerusi pelbagai inisiatif dan projek.

    ASEAN 2025 juga komited untuk menangani cabaran baru dengan mekanisme serantau yang telah diperkukuhkan dengan lebih berkesan, peluang yang lebih besar untuk kerjasam dalam hal-hal pertahanan dan keselamatan serantau.

    Selain itu, ASEAN 2025 ini turut bersama-sama untuk berkongsi amalan yang terbaik dan kajian kes yang berjaya mengenai dasar penglibatan dan integrasi. Malah ASEAN juga mengiktiraf negara-negara anggota untuk sentiasa mendapat manfaat daripada pembangunan keupayaan, sumber dan latihan yang diberikan oleh rakan-rakan luar. Peningkatan aktiviti pelaburan ekonomi, perdagangan dan lebih jelas ASEAN lebih bersatu padu.

    ASEAN juga berperanan dalam forum ekonomi global dan peningkatan sumbangan kepada tadbir urus ekonomi global dan peluang peningkatan bagi pembinaan kapasiti, perkongsian pengalaman dan pengetahuan.

    Melangkah ke hadapan

    ASEAN 2025 merupakan platform dalam mementingkan komitmen, kesinambungan dan pengukuhan komuniti ASEAN. Wawasan ini adalah satu proses yang berterusan dan berpandangan ke hadapan untuk mengukuhkan lagi komuniti ASEAN berdasarkan politik-keselamatan, tiang ekonomi dan sosio budaya untuk sentiasa maju ke hadapan bersama-sama. Ini bermakna ASEAN sebagai sebuah rantau yang sentiasa komited dan bersedia untuk bekerjasama dengan semua rakan yang berkenaan untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda