Friday, March 21, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kepentingan melindungi alam sekitar

    Oleh Zaphne Philip

    BADAU – “Banyak hasil positif yang boleh dilihat hasil Projek Inisiatif Iklim Antarabangsa (Projek IKI) Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) yang dilancarkan di kepulauan Borneo sekitar 2014 kerana mereka semakin sedar akan kepentingan alam sekitar serta pemahaman dalam mendukung amalan perniagaan mesra alam,” kata jurucakap WWF Indonesia, Maria Theresia berkongsi perkembangan Projek IKI semasa lawatan Media Malaysia ke Kapuas Hulu, Kalimantan Barat, Indonesia.

    Projek IKI adalah usahasama antara WWF Jerman, WWF Malaysia dan WWF Indonesia serta agensi kerajaan Indonesia-Malaysia seperti Jabatan Hutan Sarawak dan Pejabat Daerah Kapuas Hulu (Kalimantan Barat, Indonesia).

    Menurut beliau, meskipun berada pada pertengahan tempoh perlaksanaan, semua aktiviti yang dijalankan pada masa ini dapat dijalankan dengan lancar dan hal ini bakal menjamin kejayaan projek.

     Meliputi Sarawak di Malaysia dan Kalimantan Barat di Indonesia, projek berkenaan melibatkan kos kira-kira 4.22 juta euro dijangka berakhir awal tahun 2021.

    Seluas 2.4 juta hektar tanah di sempadan dua buah negara ini dikenal pasti sebagai kawasan terlindung (Heart of Borneo) untuk projek IKI, iaitu dari bahagian utara Kalimantan Barat sehingga ke bahagian tengah Sarawak. Daripada 2.4 juta hektar itu, 2.1 juta terletak di Sarawak dan selebihnya di Kalimantan.

    Penanaman atau penghasilan getah harus menepati garis panduan yang ditetapkan dalam ICS. – Agensi

    Di Indonesia, kawasan terlindung meliputi Kawasan Strategis Kabupaten Agropolitan di Kalimantan Barat, Indonesia (daerah Silat Hulu, Silat Hilir, Pangkadan, Hulu Gurung, Sejiram, Empanang, dan Semitau).

    Di Malaysia, bahagian tengah Sarawak yang dimaksudkan adalah kawasan di daerah Sri Aman (Batang Ai) dan Kapit (Song dan Baleh).

    “Memang ada rancangan untuk memperluaskan projek.

    Salah satu daripada matlamat utama Ekonomi Hijau dalam Heart of Borneo adalah konsep pengurusan ekonomi hijau ini digunakan di seluruh kawasan HoB.

    Namun rancangan ini hanya dapat diteruskan jika pihak kami menerima dana tambahan pada masa hadapan, “

    Secara amnya projek IKI menggalakkan kerjasama antara dua pihak iaitu Malaysia dan Indonesia dalam platform the Heart of Borneo.  – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda