Friday, April 25, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kepentingan perlindungan takaful

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 April – Takaful Brunei Am Sdn Bhd (TBA) dan Takaful Brunei Keluarga Sdn Bhd (TBK), hari ini, telah menjelaskan kepentingan mempunyai perlindungan takaful dan manfaatnya kepada pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, taklimat turut menyentuh mengenai proses mendapatkan Perlindungan Takaful, bagaimana melaporkan tuntutan dengan efisien dan faktor-faktor yang menentukan kos Perlindungan Takaful.

    TBA turut memperkenalkan pelbagai produk Takaful yang popular seperti Musafir Takaful dan Takaful Motor Persendirian.

    TBK pula menekankan mengenai kepentingan Takaful Keluarga dan mengongsikan panduannya termasuk jenis Takaful Keluarga yang ada dalam pasaran.

    Taklimat diakhiri dengan sesi soal jawab bagi sebarang pertanyaan daripada pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan.

    Warga Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi semasa menghadiri taklimat takaful.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda