BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Sept – Hubungan negara-negara ASEAN bersama China dijalin dan dibentuk dalam pelbagai dimensi, hala dan kenegaraan dengan pencapaian bersejarah yang berbeza bagi membina dasar perhubungan yang rapat, kepercayaan serta persefahaman yang berterusan.
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohamad Yussof berkata demikian semasa Majlis Pembukaan Forum Seni Kebudayaan ke-12, yang berlangsung di Muzium Antropologi Guangxi, Nanning, Republik Rakyat China. (Klik di sini untuk berita lanjut)