Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keperluan simpan rekod perniagaan secara teratur

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 NOV – Bagi memastikan peniaga-peniaga memahami dan mematuhi peruntukan undang-undang yang terkandung di dalam Akta Penyimpanan Rekod (Perniagaan), Penggal 249, Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) dengan kerjasama Brunei Darussalam Institute of Certified Public Accountants (BICPA) telah mengadakan sesi taklimat bertempat di Dewan Teater, MOFE.

    Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Kewangan di Bahagian Hasil, MOFE, Dayang Siti Nur Quthairah binti Shah Johan, antaranya menjelaskan tentang keperluan bagi setiap entiti perniagaan di Negara Brunei Darussalam untuk menyimpan rekod-rekod perniagaan dengan teratur sekurang-kurangnya untuk tempoh lima tahun selaras dengan Akta Penyimpanan Rekod (Perniagaan), Penggal 249.

    Turut menyampaikan taklimat itu, Setiausaha BICPA dan Pengarah Akademi BICPA, Adeline Lau Pik Wen.

    Beliau menekankan tentang keperluan menyimpan buku dan faedah penyediaan Penyata Kewangan yang akan membantu pemilik perniagaan dalam membuat perancangan kewangan yang teratur, di samping membuat keputusan kewangan bagi perniagaan dan menarik pelabur-pelabur berpotensi.

    Pegawai Kewangan di Bahagian Hasil, MOFE menyampaikan taklimat tentang keperluan menyimpan rekod perniagaan. – GAMBAR SERAHAN MOFE
    Antara yang menghadiri taklimat tersebut, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN MOFE

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda