Sabtu, 22 November 2025
Klik Lagi

    Keperluan tapak pembuangan sampah di Jerudong

    Saya ingin menyuarakan pendapat mengenai keperluan tapak pembuangan sampah di kawasan Jerudong.

    Setakat yang saya ketahui, kawasan di Jerudong tidak mempunyai tempat pembuangan sampah sendiri.

    Oleh itu, penduduk kampung terpaksa pergi ke lokasi pembuangan sampah di Kampung Katimahar.

    Namun, jarak yang jauh menyukarkan kami untuk ke sana hanya untuk membuang sampah.

    Keadaan ini bukan sahaja membebankan penduduk tetapi juga boleh membawa kepada masalah lain, seperti pembuangan sampah secara haram di kawasan sekitar.

    Tanpa kemudahan yang sesuai, ada kemungkinan sebilangan orang memilih untuk membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya, yang akhirnya boleh mencemarkan persekitaran.

    Saya mencadangkan agar pihak berkuasa mempertimbangkan penyediaan tapak pembuangan sampah khas di Jerudong bagi memudahkan penduduk setempat.

    Alternatif lain seperti sistem kutipan sampah yang lebih kerap atau penyediaan pusat pengumpulan sementara juga boleh dipertimbangkan.

    Saya berharap isu ini mendapat perhatian sewajarnya demi keselesaan dan kebersihan penduduk Jerudong.

    Wak Ketari

    GAMBAR OLEH SYAHMI HASSAN

    Kata Kunci

    Popular

    Sukan

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    DST Lancar Pelan Sewa Peranti Serba Baharu Bersama Mobi di Karnival...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    Berita Berkaitan

    Pemberigaan RKN12 ke Tutong

    Oleh Sim Y. H. TUTONG, 19 NOV - Dengan matlamat...

    Baiki jalan kawasan Batu Bersurat

    Pengalaman saya sejak di bangku sekolah hingga kini sudah...

    Program Sua Muka bangkit isu prasarana dan kemudahan awam

    BELAIT, 20 MEI – Program Sua Muka diteruskan lagi...

    IU nafi perlu ganti rugi rumput stadium rosak gara-gara konsert

    Susulan mengadakan konsert di Stadium Piala Dunia Sangam di...

    Terkini

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    DUBAI, 21 NOV – Sebuah pesawat pejuang India terhempas...

    Yoon dituduh manipulasi siasatan kes anggota marin lemas

    SEOUL, 21 NOV - Bekas Presiden Korea Selatan, Yoon...

    Hampir 100 penumpang diselamatkan dari bot bocor di Thailand

    BANGKOK, 21 NOV — Pihak berkuasa maritim Thailand kelmarin...