Tuesday, December 31, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kepimpinan berkesan terap MIB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Feb – Berkat kepimpinan pemerintahan beraja berkesan yang menaungi kepentingan rakyat dan negara dengan menerapkan falsafah Melayu Islam Beraja (MIB), menyaksikan negara terus maju.

    Sepanjang lebih 30 tahun, MIB merupakan falsafah dan teras kenegaraan yang membangunkan prasarana dan pembangunan tenaga manusia, manakala di peringkat antarabangsa, ia menempati dan menyandang dengan baik dan wajar kedudukan dan statusnya dalam keadaan aman tenteram dalam kalangan negara-negara dunia.

    Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, menekankan perkara itu dalam Kuliah Khas/Aktiviti Ilmiah bertajuk ‘Melayu Islam Beraja (MIB) – Signifikan Watikah Titah Pemasyhurannya dan Penerapan Konsepnya dalam Pemerintahan Negara Brunei Darussalam’ yang dipengerusikan Penolong Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Arman bin Haji Asmad.

    Kuliah itu merupakan aktiviti ilmiah bagi Kursus Melayu Islam Beraja UNISSA sesi 2016/2017 anjuran Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) yang berlangsung di Auditorium UNISSA, Gadong hari ini.

    Yang Berhormat Pehin Haji Awang Badaruddin ketika menyampaikan kuliah khas.
    Yang Berhormat Pehin Haji Awang Badaruddin ketika menyampaikan kuliah khas.
    Antara tetamu yang menghadiri kuliah khas tersebut.
    Antara tetamu yang menghadiri kuliah khas tersebut.

    Menurut Yang Berhormat Pehin lagi, dengan kepimpinan berkesan itulah, nilai-nilai MIB diterapkan secara bijaksana dan betul demi merealisasikan tiga aspirasi nasional dan azam politik yang diungkapkan dalam Watikah Pemasyhuran Kemerdekaan iaitu sebagai negara MIB yang merdeka, berdaulat dan demokratik bersendikan ajaran-ajaran Islam menurut Ahli Sunnah Waljama’ah.

    Penerapan konsep MIB dalam pemerintahan beraja Negara Brunei Darussalam menurut ajaran Ahli Sunnah Waljama’ah ini meliputi empat aspek iaitu kuasa memerintah mengikut perlembagaan, lantikan pegawai-pegawai utama yang merangkumi menteri dan timbalan menteri, majlis-majlis mesyuarat sebagai Majlis Isytisyari atau konsultasi dan sultan serta pengganti-pengganti baginda.

    Hadir sama mendengarkan kuliah khas itu ialah Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Roslan bin Haji Taja’ah, Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, timbalan rektor, pengarah PPIB, pegawai-pegawai dan kakitangan UNISSA.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda