WELLINGTON, 16 FEB – Kepulauan Cook berkata ia telah menandatangani perjanjian untuk meluaskan hubungan dengan China, menekankan bahawa perjanjian itu tidak menjejaskan hubungan dengan bekas kuasa kolonial New Zealand. Perdana Menteri, Mark Brown, berkata beliau menandatangani pelan tindakan untuk perkongsian strategik komprehensif dengan Perdana Menteri China, Li Qiang, di bandar utara Harbin semasa lawatan negara

