SYDNEY, 28 JAN – Kepulauan Marshall hari ini mengisytiharkan tempat perlindungan marin kebangsaan pertamanya, melindungi ‘keaslian’ Lautan Pasifik yang menjadi rumah kepada ikan jerung dan penyu hijau.
Seperti kebanyakan pulau-pulau di Pasifik, Kepulauan Marshall terdedah kepada perubahan iklim dan peningkatan paras laut, yang memberikan ‘tekanan ekstrem’ terhadap biodiversitinya, menurut amaran Bank Dunia pada 2021.
Negara itu hari ini mengumumkan bahawa ia akan melarang penangkapan ikan di sekira perairan di dua pulau utara, kawasan yang dipenuhi dengan terumbu, kerang gergasi yang jarang ditemui dan jerung laut.
“Satu-satunya cara untuk memberi manfaat kepada khazanah lautan adalah dengan melindunginya,” kata Presiden Kepulauan Marshall, Hilda Heine dalam satu kenyataan.
“Saya sangat berbangga dengan tempat perlindungan marin kebangsaan pertama negara ini, dan ia bukanlah yang terakhir.”- AFP