Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kepungan di hotel ragut 15 nyawa

    MOGADISHU, 29 NOV – Pasukan keselamatan Somalia semalam memaklumkan pihaknya telah menamatkan kepungan lebih 20 jam ke atas sebuah hotel terkenal di Mogadishu, manakala 15 orang dilaporkan terbunuh termasuk enam penyerang dalam kejadian itu.

    Jurucakap Pasukan Polis Somalia, Sadiq Dudishe berkata lima anggota al-Shabab ditembak mati, manakala seorang lagi bertindak meletupkan dirinya selepas kumpulan itu menyerbu Hotel Villa Rosa kira-kira jam 8:00 malam pada Ahad.

    Dudishe berkata lapan orang awam dan seorang tentera turut terbunuh manakala lima lagi cedera dalam serangan yang mendapat kecaman masyarakat antarabangsa, lapor Xinhua.

    “Seramai 60 orang berjaya diselamatkan dari hotel itu,” katanya pada sidang media di Mogadishu.

    Hotel itu merupakan lokasi terkenal bagi pegawai kanan kerajaan termasuk komuniti perniagaan dan tiga menteri turut berada di hotel itu ketika serangan dilancarkan, menurut polis. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda