Keputusan China dakwa penulis terkenal dikecam

SYDNEY, 25 MAC – Australia hari ini mengecam keputusan China untuk mendakwa seorang penulis terkenal atas dakwaan mengintip, menegaskan beliau menghadapi risiko dijangkiti COVID-19 dan mesti dibebaskan.

Penulis China-Australia Yang Jun, juga dikenali dengan nama pena Yang Hengjun, ditahan setahun lalu, selepas pulang ke China dari Amerika Syarikat.

Australia berkata ia masih belum dimaklumkan mengenai dakwaan pengintipan itu, namun mengecam China atas kekurangan perpaduan ketika pandemik koronavirus – yang bermula di bandar China Wuhan.

“Ia tidak menunjukkan semangat penghormatan dan kepercayaan bersama di mana sokongan berterusan kami terhadap Dr Yang telah diiktiraf,” kata menteri hal ehwal luar Marise Payne.

“Kesihatan Dr Yang yang lemah menjadikannya mudah dijangkiti COVID-19,” kata beliau, menambah beliau sedang ditahan dalam keadaan ‘teruk.’

Yang tidak dibenarkan akses kepada peguam dan dipercayai telah disoal sementara dirantai dalam tahanan. – AFP