Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Keputusan HECAS 2022 keluar esok

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN 23 MEI – Pengumuman keputusan HECAS 2022 bagi pengambilan pusingan pertama untuk institusi pengajian tinggi awam (IPTA) iaitu Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan Politeknik Brunei (PB) bagi kemasukan sesi tahun akademik 2022/2023 akan dikeluarkan pada 24 Mei ini, sekitar pukul 8:30 pagi.

    Kementerian Pendidikan dalam kenyataan yang dikeluarkan menyatakan bahawa pemohon-pemohon bolehlah mengakses akaun HECAS masing-masing untuk mengetahui status permohonan di laman sesawang HECAS.

    Sementara itu, bagi pemohon yang tidak berjaya tetapi memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan oleh IPTA dan berhasrat untuk membuat rayuan, para pemohon akan diberikan tiga hari pada waktu bekerja untuk menghadapkan surat rayuan dan dokumen-dokumen yang berkaitan tidak lewat pada 28 Mei iaitu sebelum jam 4:30 petang. Manakala pemohon yang berhasrat untuk membuat rayuan adalah disarankan untuk memohon ke program yang berlainan daripada yang pernah dipohonkan pada Februari 2022 yang lalu.

    Surat rayuan dan dokumen yang berkenaan bolehlah dihadapkan ke institusi-institusi yang berkenaan sama ada hardcopy atau softcopy (e-mel) bagi permohonan ke UNISSA di alamat Pejabat Pengurusan Akademik, UNISSA, atau menerusi e-mel iaitu oam@siswa.unissa.edu.bn; atau berhubung terus melalui talian 2462000 atau 7376997 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

    Sementara bagi permohonan ke UBD, para pemohon perlu menghadapkan secara e-mel sahaja dan hendaklah ditujukan ke alamat e-mel berikut di bawah tajuk ‘APPEAL HECAS 2022 (1st Round)’ kepada Pendaftar dan Setiausaha, [U.P.: Penolong Pendaftar Kemasukan dan Rekod Pelajar], UBD menerusi e-mel office.admission@ubd.edu.bn. Manakala untuk permohonan ke UTB, para pemohon dikehendaki untuk menghadapkan kepada Pendaftar dan Setiausaha, Pusat Staf dan Pelajar, UTB, secara hardcopy atau e-mel kepada admission.ug@utb.edu.bn, dan menghubungi talian 2461020 bagi sebarang pertanyaan.

    Dalam pada itu, para pemohon rayuan ke PB pula perlu mengisi borang secara dalam talian dengan lengkap sahaja melalui pautan http://bit.ly/PB2022AppealForm atau dengan mengimbas kod QR yang disediakan. Sebarang penghantaran surat rayuan secara hardcopy atau softcopy adalah tidak diperlukan dan tidak akan dilayan. Sebarang kesulitan dan pertanyaan bolehlah menghubungi 7335984 semasa waktu bekerja sahaja atau melalui e-mel admission.appeal@pb.edu.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...