Wednesday, January 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keputusan kes kumpulan mafia terbesar itali diumumkan

    ROM, 20 NOV – Mahkamah hari ini akan membuat keputusan ke atas 300 suspek yang disyaki anggota atau penyokong organisasi jenayah ‘Ndrangheta, kumpulan Mafia terbesar di Itali.

    Pejabat pendakwa raya memohon hukuman penjara sehingga 30 tahun ke atas mereka.

    ‘Ndrangheta yang berpangkalan di Calabria, adalah kumpulan penjenayah paling berkuasa di negara ini yang mempunyai hubungan di seluruh dunia.

    Sebahagian besar perdagangan kokain di Eropah didakwa dikawal oleh kumpulan itu, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Perolehan global kumpulan itu dianggarkan melebihi AS$54.5 bilion setahun.

    Perbicaraan yang bermula tiga tahun lepas itu berdasarkan kenyataan daripada lebih 50 saksi utama yang telah meninggalkan ‘Ndrangheta.

    Kumpulan itu dianggotai kira-kira 150 keluarga.

    Pada tahun 1980-an, lebih 400 ahli kumpulan mafia Cosa Nostra dibicarakan di Sicily – Bernama

     

    Foto menunjukkan pemandangan kubu yang dibina khas untuk pendengaran pertama perbicaraan maksimum terhadap lebih 300 suspek sindiket jenayah ‘ndrangheta, berhampiran bandar Calabria di Lamezia Terme, selatan Itali. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda