Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keputusan kes PM Srettha bakal diumumkan Ogos nanti

    BANGKOK, 24 JULAI – Mahkamah Tinggi Thailand akan membuat keputusan bulan depan mengenai kes yang menggesa penyingkiran Perdana Menteri Srettha Thavisin berhubung pelantikan seorang menteri kabinet yang mempunyai sabitan jenayah.

    Pada Mei lalu, mahkamah menerima petisyen yang dikemukakan oleh 40 bekas senator untuk menyingkirkan Srettha daripada jawatannya di bawah peraturan etika.

    Kes tersebut berpusat pada Pichit Chuenban, yang dilantik sebagai menteri dalam rombakan baru-baru ini, yang pernah menjalani hukuman penjara selama enam bulan kerana menghina mahkamah pada tahun 2008.

    Pichit, seorang bekas peguam yang mempunyai hubungan rapat dengan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, kemudian meletakkan jawatan dari kabinet sebagai usaha untuk melindungi Srettha.

    Mahkamah Perlembagaan akan memberikan keputusan mengenai kes Srettha pada 14 Ogos, menurut kenyataan mahkamah itu.

    Srettha, yang menafikan sebarang kesalahan, adalah dari parti Pheu Thai pimpinan Shinawatra dan menjadi Perdana Menteri selepas membentuk gabungan dengan parti-parti yang berkait dengan tentera selepas pilihan raya pada 2023. – AFP

    Srettha ketika tiba di Hotel Grand Hyatt Erawan di Bangkok, Thailand, pada 16 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda