Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keputusan peperiksaan BC-GCE A, AS Sesi Mei/Jun 2025 dikeluarkan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OGOS – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Peperiksaan memaklumkan Keputusan Peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E. Peringkat ‘A’ dan ‘AS’ Sesi Mei/Jun 2025 telah dikeluarkan hari ini.

    Kementerian Pendidikan dalam siaran akhbar yang dikeluarkan mengongsikan, seramai 109 calon telah menduduki peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E. (BC-GCE)  Peringkat ‘A’ Sesi Mei/Jun 2025, dan daripada jumlah itu, 21 adalah calon sekolah dan 88 adalah calon persendirian.

    Pada peringkat nasional, seramai 22 calon  iaitu 20.18 peratus calon telah berjaya memperolehi sekurang-kurangnya 3 ‘A’ Level dan ke atas dan 44 calon  bersamaan dengan 40.37 peratus telah memperolehi sekurang-kurangnya 2 ‘A’ Level dan ke atas.

    Manakala seramai 82 calon  iaitu 75.23 peratus telah berjaya memperolehi  sekurang-kurangnya 1 ‘A’ Level dan ke atas.

    Pada peringkat sekolah, seramai 3 calon  iaitu 14.29 peratus telah berjaya memperolehi  sekurang-kurangnya 3 ‘A’ Level dan ke atas dan 11 calon bersamaan dengan 52.38 peratus telah memperolehi sekurang-kurangnya 2 ‘A’ Level dan ke atas.

    Manakala seramai 18 calon iaitu 85.71 peratus telah berjaya memperolehi sekurang-kurangnya 1 ‘A’ Level dan ke atas.

    Kementerian turut mengongsikan, seramai 1,055 calon telah menduduki peperiksaan BC-GCE Peringkat ‘AS’ Sesi Mei/Jun 2025 dan daripada jumlah ini, 1,043 adalah calon sekolah dan 12 adalah calon persendirian.

    Pada peringkat nasional, seramai 557 calon iaitu 52.80 peratus telah berjaya memperolehi  sekurang-kurangnya 3 ‘AS’ Level dan ke atas dan 854 calon iaitu 80.95 peratus telah memperolehi sekurang-kurangnya 2 ‘AS’ Level dan ke atas.

    Sementara itu, seramai 1,020 calon  iaitu 96.68 peratus  telah berjaya memperolehi  sekurang-kurangnya 1 ‘AS’ Level dan ke atas.

    Pada peringkat sekolah, seramai 554 calon (53.12 peratus) telah berjaya memperolehi  sekurang-kurangnya 3 ‘AS’ Level dan ke atas dan 847 calon (81.21 peratus) telah memperolehi sekurang-kurangnya 2 ‘AS’ Level dan ke atas.

    Seramai 1,012 calon iaitu 97.03 peratus telah berjaya memperolehi sekurang-kurangnya 1 ‘AS’ Level dan ke atas.

    Penuntut-penuntut yang telah mengambil peperiksaan tersebut bolehlah mendapatkan slip keputusan mereka di sekolah masing-masing pada hari Khamis, 21 Ogos 2025.

    Manakala calon-calon persendirian dikehendaki mengambil slip keputusan mereka di kaunter Jabatan Peperiksaan, Pusat Perkhidmatan Setempat, Aras Bawah, Blok C, Kementerian Pendidikan semasa waktu pejabat pada tarikh yang sama.

    Bagi mana-mana calon yang berhasrat untuk menduduki peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E Peringkat ‘A’ dan ‘AS’ bagi Sesi Oktober/November 2025, pendaftaran Late Entry akan dibukakan sehingga 30 Ogos ini.

    Sehubungan itu, maklumat lanjut bagi pendaftaran peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E Peringkat ‘A’ dan ‘AS’ Sesi Oktober/November 2025 boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.bn atau ke kaunter Jabatan Peperiksaan, Pusat Perkhidmatan Setempat, Aras Bawah, Blok C, Kementerian Pendidikan pada waktu pejabat dibuka.

    Gambar Pixabay
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda