Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keputusan Peperiksaan SPB dikeluarkan

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OGOS – Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan, dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, memaklumkan bahawa keputusan Peperiksaan Sijil Perdagangan Brunei (SPB) Jun 2024 telah pun dikeluarkan pada 5 Ogos.

    Sehubungan dengan itu, calon-calon yang telah menduduki peperiksaan berkenaan bolehlah mengambil slip dan sijil masing-masing di Kaunter Jabatan Peperiksaan, Pusat Perkhidmatan Setempat Kementerian Pendidikan semasa waktu bekerja, iaitu Isnin hingga Khamis bermula pukul 8 pagi hingga pukul 11 pagi dan pukul 1:30 petang hingga pukul 3 petang serta Sabtu bermula pukul 8 pagi hingga pukul 10 pagi.

    – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda