BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OGOS – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Peperiksaan sukacita memaklumkan bahawa keputusan Peperiksaan Sijil Perdagangan Brunei (SPB) Jun 2025 akan dikeluarkan pada 25 Ogos.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, calon-calon yang telah menduduki peperiksaan berkenaan boleh mengambil slip atau sijil masing-masing di Kaunter Jabatan Peperiksaan, Pusat Perkhidmatan Setempat, Kementerian Pendidikan, pada waktu bekerja iaitu hari Isnin hingga Khamis, dari pukul 8 pagi hingga 11 pagi dan dari pukul 1:30 petang hingga 3 petang, serta pada hari Sabtu, dari pukul 8 pagi hingga 10 pagi.


