Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keputusan perbicaraan Yingluck dijangka bulan depan

    Yingluck Shinawatra bercakap kepada media selepas meninggalkan Mahkamah Agung di Bangkok pada 21 Julai. – AFP

    BANGKOK, 21 Julai – Sebuah mahkamah Thailand akan mengeluarkan keputusannya dalam kes kecuaian jenayah perdana menteri yang digulingkan Yingluck Shinawatra pada 25 Ogos, satu perbicaraan yang boleh menyaksikannya dipenjarakan kira-kira 10 tahun.

    Dia dituduh gagal menghentikan rasuah dalam dasar subsidi beras yang menyalurkan wang tunai kepada pangkalan perladangan luar bandar miskin tetapi mengakibatkan kerugian perbendaharaan Thailand berbilion-bilion dolar.

    Para penyokongnya berkata kes itu digerakkan oleh junta yang menggulingkan kerajaan Yingluck dalam tahun 2014 dan berazam untuk memadamkan sukunya yang kaya raya dari medan politik Thailand.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda