Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JULAI – Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa keputusan permohonan Skim Biasiswa Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV) bagi Sesi Akademik 2023/2024 telah dikeluarkan hari ini.
Sehubungan itu, pemohon-pemohon skim berkenaan boleh mendapatkan keputusan permohonan mereka dengan melayari laman sesawang rasmi Kementerian Pendidikan, www.moe.gov.bn.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara berkenaan boleh menghubungi Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan di talian 2380019 pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari pukul 7:45 pagi hingga 12:15 petang dan pukul 1:30 petang hingga 4:30 petang serta e-mel kepada scholarship@moe.gov.bn.


