Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keputusan permohonan Skim BPTV telah dikeluarkan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 SEPT – Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa keputusan permohonan Skim Biasiswa Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV) bagi Sesi Akademik 2025/2026 telah dikeluarkan.

    Sehubungan dengan itu, pemohon-pemohon Skim BPTV Sesi Akademik 2025/2026 boleh mendapatkan keputusan permohonan mereka dengan melayari laman sesawang rasmi Kementerian Pendidikan, www.moe.gov.bn.

    Bagi mereka yang mempunyai pertanyaan lanjut mengenai perkara itu, mereka boleh menghubungi Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan di nombor telefon pejabat, 2380019 pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari pukul 7.45 pagi hingga pukul 12.15 tengah hari dan pukul 1.30 petang hingga pukul 4.30 petang atau melalui e-mel ke scholarship@moe.gov.bn.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda