Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keputusan permohonan Skim TVET dikeluarkan hari ini

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OKT – Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa keputusan permohonan Skim Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi Sesi Akademik 2024/2025 akan dikeluarkan esok.

    Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan, pemohon-pemohon Skim TVET Sesi Akademik 2024/2025 bolehlah mendapatkan keputusan permohonan mereka dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.bn.

    Bagi sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara tersebut bolehlah menghubungi Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan di talian 2380019 pada waktu bekerja atau e-mel ke scholarship@moe.gov.bn.

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda