Tuesday, November 19, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keputusan PSR sudah keluar

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 NOV – Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan keputusan Penilaian Sekolah Rendah 2024, hari ini.

    Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan, hari ini seramai 6,075 calon telah menduduki peperiksaan pada 2024 di mana 4,060 iaitu 66.83 peratus adalah calon sekolah kerajaan dan 2,015 iaitu 33.17 peratus adalah calon sekolah swasta.

    Gambar hiasan Unsplash

    Daripada keseluruhan calon berkenaan, seramai 4,960 iaitu 81.65 peratus calon telah berjaya memperoleh Gred A-D dalam kelima-lima mata pelajaran. Manakala calon yang memperoleh Gred A-C dalam kelima-lima mata pelajaran adalah seramai 3,916 calon iaitu 64.46 peratus.

    Jumlah calon sekolah kerajaan yang memperoleh Gred A-C dalam kelima-lima mata pelajaran adalah seramai 2,323 calon iaitu 57.22 peratus.

    Sementara itu, pencapaian Gred A-C bagi calon sekolah swasta ialah seramai 1,593 calon iaitu 79.06 peratus.

    Sebanyak 34 buah sekolah telah mencapai keputusan 100 peratus lulus Gred A-D bagi kelima-lima mata pelajaran termasuk 20 buah sekolah kerajaan.

    Manakala sebanyak 12 buah sekolah telah berjaya mencapai keputusan 100 peratus Gred A-C bagi kelima-lima mata pelajaran, di mana sembilan buah daripadanya merupakan sekolah kerajaan.

    Seramai 575 calon sekolah iaitu 9.47 peratus telah mendapat Gred A dalam kelima-lima mata pelajaran di mana ia merupakan peningkatan sebanyak 0.34 peratus berbanding pencapaian pada 2023.

    Daripada jumlah tersebut, seramai 242 calon daripada sekolah kerajaan.

    Secara keseluruhan, seramai 519 calon iaitu 8.54 peratus daripada 575 calon sekolah yang mendapat lima Gred A terdiri daripada rakyat Brunei.

    Manakala, pencapaian calon yang mendapat empat Gred A dan 1 Gred B adalah seramai 579 calon sekolah iaitu 9.53 peratus, yang mana 310 calon iaitu 53.54 peratus adalah daripada sekolah kerajaan.

    Pelajar-pelajar yang telah menduduki peperiksaan berkenaan boleh mendapatkan slip keputusan mereka di sekolah masing-masing.

    Manakala bagi calon-calon persendirian dikehendaki mengambil slip keputusan mereka di kaunter Jabatan Peperiksaan, Pusat Perkhidmatan Setempat, Aras Bawah, Blok C, Kementerian Pendidikan pada waktu pejabat dibuka.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda