Tuesday, November 29, 2022
25.2 C
Brunei

-

Keputusan tawaran TPK diumum hari ini

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OKT – Keputusan bagi tawaran tertutup tanda pengenalan kenderaan (TPK) bagi siri BBC 3001- BBC 6000 akan diumumkan melalui laman sesawang rasmi Jabatan Pengangkutan Darat (JDP) bermula esok (15 Oktober).

Menurut JPD, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, orang ramai boleh mengetahui keputusan berkenaan dengan melayari laman sesawang JPD, http://www.jpd.gov.bn dan www.nomborku.gov.bn.

Di samping itu, semua penender yang telah mengikuti tawaran tertutup itu sama ada berjaya atau sebaliknya juga akan menerima e-mel mengenai keputusan tawaran berkenaan melalui e-mel yang telah didaftarkan ke jabatan berkenaan.

Penender-penender yang berjaya dikehendaki untuk mematuhi terma dan syarat tawaran tertutup TPK.

Mereka dikehendaki untuk menjelaskan keseluruhan harga tawaran dan mendaftarkan TPK atas nama penender sendiri tidak lewat sebulan daripada tarikh surat tawaran berjaya dikeluarkan.

Pembayaran boleh dibuat secara dalam talian menggunakan kad pembayaran debit atau kredit atau melalui mana-mana cawangan JPD di semua daerah.

Jika penender gagal untuk melunaskan pembayaran dalam tempoh berkenaan, tawaran TPK penender adalah dibatalkan.

Permohonan untuk melanjutkan tempoh kebenaran mendaftar TPK boleh dipohonkan setelah bayaran penuh dijelaskan dan dihadapkan dalam tempoh sebulan daripada tarikh surat dikeluarkan.

Jumlah bayaran bagi melanjutkan tempoh mendaftar adalah sebanyak $60 bagi tempoh tiga tahun.

Penender yang telah membuat pembayaran TPK akan menerima e-mel mengenai pelanjutan tempoh pendaftaran TPK yang mana pembayaran mengenainya boleh dilakukan secara dalam talian atau sebaliknya melalui cawangan Ibu Pejabat JPD, Gadong dan cawangan JPD Daerah Belait.

Selepas tempoh tiga tahun, sekiranya pemohon belum mendaftarkan dan berhasrat untuk menyimpan TPK, bolehlah mengulangi pembayaran penahanan TPK sebanyak $60 bagi melanjutkan tempoh kebenaran mendaftar bagi tiga tahun lagi sehingga ia didaftarkan.

Serah TPK hanya boleh dilaksanakan selepas 12 bulan daripada tarikh surat berjaya dikeluarkan dan dikenakan bayaran perkhidmatan $5 sahaja serta penender yang gagal untuk membayar harga tawaran yang ditawarkan akan disenaraihi-tamkan daripada menyertai tawaran tertutup bagi tempoh setahun dan TPK akan ditawarkan semula.

JPD mengucapkan tahniah kepada penender-penender yang berjaya dan merakamkan ucapan teri-ma kasih kepada semua penender atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.

Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi JPD semasa waktu pejabat melalui WhatsApp 7181641 atau melalui e-mel, info_ltd@jpd.gov.bn.

Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang www.jpd.gov.bn dan Instagram @jpd.bn bagi maklumat lanjut.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Taliban Pakistan tamat gencatan senjata

ISLAMABAD, 28 NOV – Taliban Pakistan berkata hari ini mereka telah membatalkan gencatan senjata goyah yang dipersetujui dengan kerajaan pada Jun lalu dan mengarahkan...
- Advertisment -