Thursday, February 6, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keputusan terletak di tangan Kante

    ROM, 31 Okt – Pengurus Chelsea, Antonio Conte (gambar) berkata bahawa dia akan membiarkan pemain tengah Perancis, N’Golo Kante membuat keputusan sendiri sama ada dia cergas atau tidak bagi aksi Liga Juara-Juara di Roma awal pagi Rabu.

    Kante diketepikan sejak mengalami masalah hamstring dalam aksi antarabangsa awal bulan ini.

    Pemain berusia 26 tahun itu kembali menjalani latihan sebelum perlawanan Sabtu lalu menentang Bournemouth tetapi tidak beraksi dalam kemenangan 1-0 itu, dan kini dia membuat perjalanan ke ibu negara Itali itu.

    “(Danny) Drinkwater dan Kante sudah pulih. (Victor) Moses memerlukan lebih banyak masa,” kata Conte dalam satu sidang media di Stadio Olympico mengenai aksi kembali pemain-pemain.

    “Ia adalah penting bagi kami untuk mengatasi tempoh sukar ini. Kami mula menerima kembali pemain-pemain penting.

    “Kante sudah berlatih bersama kami. Ia adalah penting bercakap dengan pemain itu ketika ini, dan peranannya yang sangat penting.

    “Pastinya esok kami akan membuat keputusan yang terbaik. Ia adalah penting untuk mengatasi tempoh sensitif musim ini, anda tidak dapat menyelesaikan masa dalam satu malam dan anda sedaya upaya mencari penyelesaian terbaik.”

    Conte berkata dia menjangkakan satu lagi ‘perlawanan yang sangat sukar’ dalam perlawanan timbal balas Kumpulan C itu selepas seri 3-3 di London. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda