Khamis, November 20, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keputusan TPK siri BBL diumum hari ini

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 NOV – Orang ramai dimaklumkan bahawa keputusan Tawaran Tertutup Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK) bagi satu, dua, tiga dan empat angka siri BBL melalui Click-and-Bid akan diumumkan melalui laman sesawang Nomborku: www.nomborku.gov.bn pada 20 November.
     
    Menurut kenyataan dari Jabatan Pengangkutan Darat (JPD),Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC),  semua penender yang telah mengikuti Tawaran Tertutup TPK sama ada berjaya atau sebaliknya juga akan menerima e-mel mengenai keputusan tawaran tersebut melalui e-mel yang telah didaftarkan bersama pihak jabatan ini. Penender yang berjaya adalah dikehendaki mematuhi terma dan syarat, iaitu hendaklah membayar keseluruhan harga tawaran dan mendaftarkan TPK di atas nama penender sendiri tidak lewat satu bulan dari tarikh menerima surat berjaya. Jika penender yang berjaya gagal membuat pembayaran, maka TPK yang dimenangi akan dibatalkan secara automatik dan caj penyertaan tawaran tidak dikembalikan. Permohonan untuk melanjutkan tempoh kebenaran mendaftar TPK bolehlah dipohonkan setelah bayaran penuh dijelaskan dan dihadapkan dalam tempoh satu bulan dari tarikh surat berjaya dikeluarkan.
     
    Setelah pembayaran berjaya dibuat, sekiranya pemohon belum mendaftarkan TPK dan berhasrat untuk menyimpan TPK, Penahanan (Holding) TPK bolehlah dibuat dengan jumlah bayaran penahanan sebanyak $20 bagi tempoh setiap satu tahun penahanan. Tempoh minimum penahanan adalah satu tahun dan maksimum 10 tahun mengikut jangka masa yang dipilih bagi setiap TPK.
     
    Pembayaran TPK berjaya dan Penahanan TPK boleh dilaksanakan melalui dalam talian atau di mana-mana kaunter cawangan JPD kecuali Kompleks Litar Latihan dan Ujian Memandu JPD Sungai Akar. Sementara itu, bagi TPK satu dan dua angka, caj penyertaan tawaran akan dikembalikan bagi penender yang tidak berjaya dalam tawaran tertutup. Bagi tujuan pembayaran balik, penender yang tidak berjaya nanti perlu mengisi borang permohonan pembayaran balik dengan menyertakan dokumen-dokumen sokongan. Proses pembayaran balik caj penyertaan tawaran akan mengambil masa lebih kurang dua hingga tiga bulan.
     
    Jika penender yang berjaya ingin menyerahkan TPK berkenaan, Perkhidmatan Serah TPK tiga dan empat angka dibenarkan kepada sesiapa sahaja lebih satu kali sama ada melalui Perkhidmatan Serah TPK sahaja atau Perkhidmatan Serah TPK melalui Tukar Milik Kenderaan. Permohonan serah sama ada melalui Perkhidmatan Serah TPK atau Perkhidmatan Serah Tukar Milik Kenderaan selepas tempoh 12 bulan berakhir dari tarikh surat berjaya dikeluarkan, permohonan yang dibenarkan akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak $5. Manakala permohonan serah sama ada melalui Perkhidmatan Serah TPK atau Perkhidmatan Serah Tukar Milik Kenderaan kurang daripada tempoh 12 bulan dari tarikh surat berjaya dikeluarkan, akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak $100.
     
    Sementara itu, caj perkhidmatan tidak akan dikembalikan bagi permohonan serah sama ada melalui Perkhidmatan Serah TPK atau Perkhidmatan Serah Tukar Milik Kenderaan yang telah diproses dan dibenarkan. Jika penender yang berjaya ingin menyerahkan TPK berkenaan, Perkhidmatan Serah TPK bagi satu dan dua angka dibenarkan kepada sesiapa sahaja lebih satu kali melalui Perkhidmatan Serah TPK dan Perkhidmatan Serah Tukar Milik Kenderaan. Permohonan serah satu dan dua angka, sama ada melalui Perkhidmatan Serah TPK atau Perkhidmatan Serah Tukar Milik Kenderaan akan dikenakan yuran sebanyak $1,000 dan caj perkhidmatan $100. Permohonan serah sama ada melalui Perkhidmatan Serah TPK atau Perkhidmatan Serah Tukar Milik Kenderaan yang telah diproses dan dibenarkan, bayaran yuran serah sebanyak $1,000 dan caj perkhidmatan sebanyak $100 tidak akan dikembalikan. Bagi pertanyaan lanjut, hubungi JPD semasa waktu pejabat melalui WhatsApp 7181641 atau e-mel hello@jpd.gov.bn, laman sesawang www.jpd.gov.bn dan Instagram @jpd.bn.
     
    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda