Thursday, December 12, 2024
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keracunan plumbum ancam kesihatan global – Kajian

    PARIS, 12 SEPT – Keracunan plumbum dikatakan mempunyai kesan yang lebih besar terhadap kesihatan global berbanding yang dijangkakan sebelum ini, berpotensi menyumbang kepada lebih lima juta kematian setiap tahun dan menjadi ancaman yang setaraf dengan pencemaran udara, menurut penyelidikan model yang dijalankan hari ini.

    Kajian itu, yang disifatkan sebagai ‘amaran,’ turut menganggarkan bahawa pendedahan kepada logam beracun itu menyebabkan kanak-kanak di negara membangun masing-masing kehilangan purata hampir enam mata IQ.

    Pencemaran plumbum telah terbukti menyebabkan pelbagai masalah kesihatan serius, terutamanya berkaitan dengan penyakit jantung dan perkembangan otak kanak-kanak kecil, sehingga membawa kepada larangan bahan api plumbum di seluruh dunia.

    Walau bagaimanapun, manusia masih boleh terdedah kepada neurotoksin yang kuat itu melalui makanan, tanah, perkakas memasak, baja, produk kosmetik, bateri kereta berasid plumbum dan pelbagai sumber lain.

    Kajian tersebut dilakukan oleh dua pakar ekonomi Bank Dunia dan hasilnya telah diterbitkan dalam jurnal Lancet Planetary Health.

    Ia merupakan kajian pertama yang menilai kesan pendedahan kepada plumbum terhadap kematian akibat penyakit jantung dan kehilangan IQ kanak-kanak di negara maju dan membangun. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda