Thursday, February 6, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keracunan puding buih berpunca telur tamat tempoh

    KUALA TERENGGANU, 31 MEI – Kes keracunan makanan akibat puding buih yang melibatkan 99 pesakit di Terengganu baru-baru ini berpunca daripada penggunaan telur yang telah tamat tempoh.

    Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata kesilapan peniaga tersebut kerana menggunakan telur yang sudah lebih dua minggu daripada tarikh luputnya.

    “Tindakan pun telah diambil oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dengan menutup dapur premis untuk jualan puding buih tersebut mengikut Seksyen 18 (1) (d) Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 selama 14 hari sehingga 7 Jun depan,” katanya kepada pemberita hari ini.

    Baru-baru ini, media melaporkan seramai 99 pesakit menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), hospital swasta dan rawatan sebagai pesakit luar di beberapa klinik kerajaan dan klinik swasta setelah cirit-birit, muntah-muntah dan demam selepas menikmati puding buih yang dibeli secara dalam talian pada 22 Mei lepas. – Bernama

    Siti Hasnah Mustafa, 37, mangsa keracunan makanan yang dipercayai berpunca dari puding buih, menunjukkan puding buih yang dibelinya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada gambar fail yang bertarikh 26 Mei. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda