Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerajaan akan segera tangani isu ekonomi – PM baharu Thailand

    BANGKOK, 11 SEPT – Perdana Menteri baharu Thailand, Srettha Thavisin berikrar untuk bertindak segera bagi melegakan masalah ekonomi negara itu dalam ucapan perasmiannya di parlimen hari ini, berikutan ketidaktentuan politik selama empat bulan ketika ahli-ahli parlimen gagal mencapai kesepakatan membentuk kerajaan.

    Srettha menceburi bidang politik selepas kerjayanya sebagai pemaju hartanah utama, dan kerajaannya menghadapi jangkaan yang tinggi serta tuntutan mendesak untuk menangani pelbagai masalah ekonomi, politik, sosial dan alam sekitar dalam tempoh empat tahunnya.

    Ekonomi Thailand telah merosot selepas pandemik COVID-19 dan melumpuhkan industri pelancongannya yang menguntungkan.

    Ekonomi pasca-pandemik Thailand adalah seperti “orang yang sakit,” dengan pemulihan lembap yang meletakkan negara “berisiko memasuki kemelesetan,” kata Srettha.

    Beliau berikrar untuk segera mengambil langkah-langkah meredakan masalah hutang, mengurangkan kos tenaga yang meningkat dan meningkatkan pelancongan, tanpa menjelaskan secara terperinci.

    Beliau juga berkata kerajaan akan berusaha segera untuk melaksanakan janji kempen pemberian 10,000 baht ($280) untuk semua warga Thailand berumur 16 tahun ke atas untuk merangsang ekonomi dengan meningkatkan perbelanjaan jangka pendek. – AP

    Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin membacakan kenyataan dasar di parlimen di Bangkok, Thailand, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda