Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Kerajaan baharu Australia lantik 13 menteri wanita

    CANBERRA, AUSTRALIA, 1 JUN – Kerajaan baharu Australia mengangkat sumpah hari ini termasuk 13 wanita, salah seorangnya wanita beragama Islam yang pertama dan orang kedua daripada puak asli yang dilantik menteri hal ehwal orang asli.

    Majlis itu dijalankan oleh Gabenor-Jeneral David Hurley di bandar, Canberra, muncul 11 hari selepas Perdana Menteri baharu, Anthony Albanese mengetuai Parti Buruh berhaluan tengah menang pilihan raya.

    “Bangga dapat mengetuai kerajaan inklusif yang pelbagai seperti Australia sendiri. Selamat datang kepada anggota Buruh baharu ini,” kata Albanese dalam Twitter.

    Menteri Belia, Anne Aly merupakan menteri wanita Islam pertama Australia, sementara Menteri Industri dan Sains, Ed Husic adalah orang Islam pertama berkhidmat dalam kabinet.

    Linda Burney menjadi wanita pertama dan orang kedua daripada puak asli yang berkhidmat sebagai menteri hal ehwal puak asli.

    Albanese dan Menteri Luar Negeri, Penny Wong mengangkat sumpah awal minggu lalu bagi membolehkan mereka terbang ke Tokyo untuk menghadiri sidang kemuncak bersama Presiden Joe Biden, Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida dan Perdana Menteri India, Narendra Modi.

    Daripada 30 menteri yang dilantik kepada kerajaan baharu itu, hampir separuh adalah wanita.

    Wanita juga memegang 10 daripada 23 kedudukan dalam tugas teras kabinet. – AP

    Anthony Albanese (tengah) bergambar bersama menteri-menterinya pada majlis mengangkat sumpah di Rumah Kerajaan di Canberra, Australia pada 1 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...