KABUL, 6 SEPT – Pembentukan kerajaan baharu Afghanistan bakal diumumkan dalam beberapa hari lagi, menurut Ketua Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid selepas mengesahkan kumpulan berkenaan berjaya menawan Panjshir hari ini. Afghanistan mungkin membentuk kerajaan sementara ketika persiapan menubuhkan kerajaan baharu giat dilakukan, kata Mujahid pada sidang media, lapor Xinhua. Mujahid berkata kerajaan baharu itu akan bersifat