Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerajaan baharu UK naik gaji minimum

    LONDON, 31 DIS – Gaji minimum Britain akan meningkat lebih empat kali ganda kadar inflasi UK mulai tahun depan, umum kerajaan Perdana Menteri Boris Johnson hari ini.

    Kenaikan 6.2 peratus mulai bulan April akan melihat gaji pekerja berusia 25 tahun dan ke atas naik daripada 8.21 pound kepada minimum 8.72 pound.

    Johnson, dengan kemenangan parti Konservatif dalam pilihan raya umum dengan sokongan daripada penduduk pro-Brexit, berkata ia merupakan kenaikan terbesar sejak 2016.

    Kerajaan baharu berkata hampir tiga juta penduduk akan menerima faedah daripada kenaikan tersebut.

    Inflasi tahunan UK mencecah 1.5 peratus, dengan kuasa pembelian pengguna menerima tekanan daripada harga import yang lebih tinggi ekoran referendum EU pada 2016, yang telah menjejas pound. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda