Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerajaan baru Romania diluluskan

    BUCHAREST, 30 Jan – Kerajaan baru Romania yang diketuai oleh perdana menteri wanita pertama negara itu, telah diluluskan oleh parlimen semalam di tengah-tengah kebimbangan mengenai pembaharuan kehakiman negara.

    Viorica Dancila merupakan perdana menteri ketiga bagi ahli Kesatuan Eropah (EU) dalam masa tujuh bulan, menggantikan Mihai Tusoe susulan pergelutan kuasa dalam lingkungan parti Sosial Demokrat (PSD).

    Pemimpin berusia 54 tahun itu berikrar untuk meneruskan program parti sayap kiri mengenai kenaikan pencen dan gaji perkhidmatan awam dan juga untuk mengukuhkan hubungan dengan EU.

    Namun dia memberi kenyataan mengenai kebimbangan Brussel tentang pembaharuan kehakiman yang diluluskan pada Disember oleh kumpulan gabungan yang diketuai PSD.

    Perubahan tersebut akan mengekang kedua-dua kuasa badan penyiasatan anti rasuah Romania dan hak presiden untuk menyekat pelantikan pendakwa kanan yang dicalonkan oleh kerajaan.

    Viorica Dancila (dua, kiri) bersalaman dengan Liviu Dragnea selepas mengangkat sumpah di istana Cotroceni. – AFP

    Langkah-langkah tersebut telah mencetuskan bantahan beramai-ramai termasuk demonstrasi pada 20 Januari yang disertai oleh 30,000 orang di bandar Bucharest.

    Ketua DNA, Laura Codruta Kovesi memberitahu agensi berita Agerpres semalam bahawa pihak pendakwa tidak dibenarkan lagi untuk menyiasat pegawai-pegawai kanan jika pembaharuan itu dikuatkuasakan.

    Presiden Klaus Iohannis, pengkritik lantang PSD, belum mengumumkan sama ada dia akan menandatangani pembaharuan itu.

    Semalam, dia mengecam kumpulan gabungan kerana mengubah undang-undang kehakiman dan tidak menghiraukan bantahan mengenai sistem kehakiman dan kritikan dari rakan kongsi asing.

    “Adanya garis merah yang kerajaan tidak boleh langkaui. Menjejaskan kebebasan keadilan adalah tidak diterima,” katanya selepas mengangkat sumpah untuk menteri-menteri baru.

    “Sebahagian besar tidak boleh tidak mengendahkan kenyataan yang dihantar oleh ribuan warga Romania yang mempertahankan undang-undang itu di jalan selama setahun.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda