Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerajaan campuran digesa buka laluan bantuan di Yaman

    RIYADH, 29 Nov – Perdana Menteri Britain Theresa May akan melawat Arab Saudi bagi rundingan hari ini dengan putera mahkota Arab Saudi berhubung peperangan di Yaman yang diketuai negara itu.

    Beliau adalah pemimpin kedua Eropah yang secara khusus bertemu putera berkenaan semasa memegang kuasa.

    Dalam lawatan ini May dijangka meminta Putera Mahkota Mohammed bin Salman untuk membenarkan bantuan kemanusiaan melalui Hodeida, pelabuhan Yaman yang ditawan oleh pemberontak Syiah yang menjadi sasaran peperangan yang diketuai Saudi itu.

    Kapal bantuan PBB telah berlabuh di Hodeida semalam.

    “Kami sangat jelas bahawa kami mahu melihat kemudahan sepenuhnya bagi laluan kemanusiaan dan komersial di pelabuhan Hodeida,” kata May semalam.

    Perdana Menteri Theresa May (kiri) ketika bertemu dengan Perdana Menteri Turki semasa sidang media sebelum menghadiri perbincangan di London, pada 27 November 2017.

    “Jelas itu adalah isu yang akan saya bangkitkan apabila berada di Arab Saudi.”

    Arab Saudi telah menutup pelabuhan laut dan lapangan terbang Yaman ekoran pelancaran peluru berpandu balistik pemberontak pada 4 November yang menyasarkan ibu negara Saudi, Riyadh.

    Menurut negara itu ia telah memintas peluru berpandu balistik itu yang berjaya dilancarkan sejauh itu.

    Di bawah tekanan antarabangsa, Arab Saudi kemudian berjanji ia akan membuka semula pelabuhan bagi bantuan kemanusiaan.

    Gabungan yang diketuai Saudi telah memulakan peperangannya di Yaman pada Mac 2015 bagi pihak kerajaan Yaman yang diperakui antarabangsa ke atas pemberontak Syiah yang dikenali sebagai Houthi dan sekutu-sekutunya.

    Konflik tersebut telah mengheret negara termiskin di dunia Arab itu hampir kepada kebuluran.

    Peperangan telah mengorbankan lebih 10,000 orang awam, mengakibatkan 3 juta orang melarikan diri dan menyebabkan kemusnahan infrastruktur. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda