BUENOS AIRES, 4 OGOS – Kerajaan Colombia dan kumpulan gerila berhaluan kiri ELN, sepakat untuk mengadakan gencatan senjata bermula pada Khamis, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Satu jawatankuasa terdiri daripada wakil kerajaan, ELN dan masyarakat sivil bermesyuarat di Bogota untuk memulakan proses itu.
Jawatankuasa itu akan menyelaraskan proses damai dalam beberapa bulan akan datang.
“Kami tidak akan meninggalkan meja rundingan sehingga konflik bersenjata selesai,” kata ketua perunding kerajaan, Otty Patino.
Sementara itu, perunding ELN, Maria Consuelo Tapias berkata jawatankuasa itu perlu mengatasi keganasan politik dan membina demokrasi baharu.
Colombia dicengkam perang saudara selama 52 tahun membabitkan pemberontak, tentera berhaluan kanan dan pasukan separa tentera, menyebabkan 220,000 orang terbunuh dan jutaan lagi hilang tempat tinggal. – Bernama
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/08/P13-C-web-Freepik_05082023.jpg)